PENGALAMAN MEMASUKI KULIAH BBK3410
Bismillahirrahmaanirrahim saya mulakan entri saya pada kali ini dengan serangkap pantun Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya memasuki kuliah BBK3410 pada minggu yang lalu. Kursus ini ialah kursus penglahiran bakat kreatif yang telah dikelolakan oleh Dr. Kamariah Kamarudin. Sebelum saya memasuki kelas ini pelbagai persoalan yang berkunjung dibenak fikiran saya dan desas-desus yang mengatakan Dr. Kamariah seorang yang tegas. Hati menjadi tidak tenteram kerana memikirkan tentang khabar angin tersebut. Namun, benarlah pepatah ada menyatakan "tak kenal maka tak cinta". Sebelum ke kuliah pada pagi itu, saya telah memerhatikan banner yang dipaparkan di hadapan pintu masuk utama UPM terdapat nama Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi atas penerimaan Anugerah Akademik Negara ke-13 bagi kategori Anu...