Catatan

KEINDAHAN TUTUR KATA DR KAMARIAH

Imej
Assalamualaikum.. Bertemu lagi dientri saya pada kali ini saya akan menceritakan tentang seorang pensyarah saya iaitu Dr Kamariah Kamarudin. Mendengar namanya sahaja pasti sudah dapat bayangkan bagaimana wajah beliau. Hal ini kerana Dr Kamariah sendiri merupakan produk daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Siapa sahaja yang tidak mengenali beliau kerana beliau telah mengeluarkan pelbagai jenis buku untuk bahan bacaan kita semua. Saya amat berbangga kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu dengannya kerana beliau bukan calang-calang orang. Auranya setiap kali kuliah terasa sangatlah positif dan sentiasa bersemangat untuk menyampaikan ilmu. Kata-kata yang keluar dari mulutnya terlalu puitis sehinggakan saya  seperti berada disituasi tersebut. Penceritaannya seolah-olah membawa saya ke dalam cerita tersebut kerana terasa terlalu dekat dan asyik mendengarnya. Melalui beliau jugalah saya dapat menyiapkan karya saya iaitu dua buah cerpen dan lima buah sajak. Saya sendiri juga tidak

DUNIA HIBURAN MASA KINI

Dunia hiburan bagaikan sesuatu yang tidak asing lagi pada masa kini. Ianya seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. keasyikkan dan kelalaian ini telah menghanyutkan ramai anak muda. Pelbagai jenis hiburan yang dipaparkan di kaca televisyen malahan dihujung jari juga ada. Rancangan untuk mencungkil bakat yang terpendam seperti Mentor, Akademi Fantasia, I Can See Your Voice Malaysia dan banyak lagi. Secara tidak langsung menarik minat remaja untuk menyertainya dan mudah terdedah kepada dunia hiburan. Hiburan pada masa kini banyak memancing perhatian remaja yang masih belajar sehingga mereka lebih cenderung untuk memuja artis kesukaan mereka seperti bts, blackpink dan sebagainya. Hal ini menyebabkan mereka mula hilang minat dan fokus untuk belajar kerana lebih taksub kepada dunia hiburan berbanding pelajaran.  Drama pada masa kini juga tidak sesuai mengikut umur mereka kerana mempunyai unsur-unsur yang tidak baik seperti unsur tahyul, ganas dan sebagainya. Bany

IDOLAKU

Imej
Hai kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua salah seorang idola saya. Idola saya ialah ustazah NorHafizah Musa atau lebih mesra dikenali sebagai kakcik dikalangan keluarga terdekat. Wajahnya yang manis dan tutur kata yang lemah lembut sangat memberi inspirasi kepada saya. Beliau mempunyai 7 orang cahaya mata dan kebanyakkan ahli keluarganya adalah dari kalangan huffaz al-Quran.  Beliau mempunyai ijazah dalam bidang sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam di universiti of Yarmouk, Jordan. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dan kini telah mendapat PhD pada tahun 2018. Meskipun sibuk menguruskan anak-anak dan belajar, beliau tidak pernah jemu memberi ceramah dan berbakti kepada masyarakat. Selain aktif di radio dan televisyen, belia merupakan master trainer (pembimbing pelatih) di beberapa buah syarikat. Beliau juga mengasaskan banyak modul untuk remaja, wanita dan korporat. Seterusnya ustazah Norhafizah Musa merupakan pengerusi d

KRITIKAN DRAMA NUR

Imej
Assalamualaikum hai semua! Kali ini saya tertarik untuk mengkritik sebuah drama yang ditayangkan di TV3 slot samarinda beberapa tahun yang lepas. Namun cerita ini telah diulang siar pada ramadhan tahun ini. Setelah mendapat tempat dihati peminat dan telah mendapat sambutan di luar jangkaan, produksi nur ini telah mengadakan kesinambungan cerita ini kepada Nur2.  Seperti yang kita ketahui bahawa barisan pelakon dan jalan cerita yang mantap telah memberi impak kepada penonton. Drama ini berkisahkan tentang seorang ustaz yang bertemu dan secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada seorang pelacur. Dalam usaha untuk membimbing pelacur tersebut pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapinya sehingga menyebabkan hubungannya dengan keluarga agak renggang. Namun demikian, cerita ini juga menonjolkan sikap seorang ustaz iaitu ustaz Hamadi seorang yang munafik dan berselindung disebalik kebaikan sedangkan dirinya turut melanggan pelacur demi memuaskan nafsu serakahnya. Bagi saya watak

MAKANAN ISTIMEWA HARI RAYA

Imej
Bertemu lagi di entri saya pada kali ini dimana saya akan menceritakan tentang makanan kegemaran keluarga saya jika pulang ke kampung. Setiap tahun kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menziarahi sanak saudara sebelah ibu. Kami akan berkumpul beramai-ramai di rumah pusaka nenek dan akan mengadakan "makan besar" bersama-sama. Antara makanan yang menjadi kegemaran kami semua adalah lontong. Amalan bergotong-royong menyediakan juadah sudah menjadi kebiasaan di rumah nenek.  Mungkin ada yang tidak menyukai lontong namun saya harap dengan perkongsian saya kali ini dapat menarik minat kalian untuk menikmati juadah lontong. Lontong merupakan makanan yang sering dimasak saban tahun apabila tibanya musim perayaan. Juadah inilah yang menjadi menu utama kami sekeluarga, jika tiada lontong ibarat tidak lengkaplah menu kami pada hari itu.  Lontong juga merupakan makanan istimewa Indonesia dimana ia diperbuat daripada beras yang dibungkus menggunakan daun pisang. Na

PENGALAMAN DI KAMPUS HIJAU

Imej
Hari ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya menjejakkan kaki di kampus hijau iaitu UPM. Pertama kali saya berada di kampus, saya mula rasa serasi dengan suasana di situ kerana kampusnya yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan kampus pasti teruja melihat kehijauan tersebut. Pokok yang ditanam juga telah mencecah usia puluhan tahun namun rimbunan itulah yang menjadi daya tarikan dan menjadi ikon kampus tersebut. Perasaan sayu dan rindu semakin menebal di dalam hati apabila teringatkan keluarga di kampung halaman.  Seterusnya, perkhidmatan bas yang disediakan dari kolej ke fakulti memang sangat teratur mengikut waktu yang ditetapkan. Walaupun perlu bersesak-sesak di atas bas namun itulah yang akan saya ingati. Semasa saya berada ditahun pertama, semua pelajar tahun satu dibawa menaiki bas untuk melihat sendiri keseluruhan universiti ini. Kegembiraan semua orang jelas terpancar apabila dibawa menaiki bas ke semua fakulti. Secara keb

GUNUNG JERAI KEMEGAHAN NEGERI KEDAH

Imej
Hai semua, bertemu lagi pada entri saya kali ini. Memandangkan saya dilahirkan dan menetap di negeri Kedah, jadi pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang gunung jerai iaitu gunung yang menjadi kemegahan bagi negeri Kedah. Bagi sesiapa yang masih belum sampai ke gunung jerai, disini saya akan ceritakan sedikit tentang suasana di puncak gunung jerai dan apa yang ada di atas puncak tersebut. Gunung jerai ini terletak di daerah yan dengan ketinggian gunung ini ialah 1217 meter. Jika melihat dari jauh, gunung jerai ini seakan-akan raksasa yang mengawal keseluruhan negeri itu. Anda juga boleh menyaksikan bongkah batu besar yang menyerupai sebuah kapal. Mengikut sejarah batu itu berasal dari kapal Maharaja Mergong Mahawangsa yang disumpah oleh Sang Kelembai ketika berlabuh di Pulau Jerai yang juga nama asal gunung tersebut. Suhu diatas puncak gunung jerai adalah diantara 19 hingga 24 darjah celcius. Tempat ini menjadi tarikan pelancong yang ingin menikmati panorama dan udara