Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

PENGALAMAN MEMBACA BUKU KREATIF "LAMUNAN PUITIS SEBUAH TRILOGI"

Imej
Assalamualaikum dan bertemu lagi kita pada entri saya yang seterusnya.😄😄😄 Saya mulakan entri saya kali ini dengan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,"sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim). Berdasarkan hadis diatas jelaslah bahawa untuk menuntut ilmu itu bukanlah sesuatu yang mudah tetapi memerlukan pengorbanan. Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya membaca buku kreatif yang bertajuk "lamunan puitis sebuah trilogi" karya sasterawan negara iaitu Shahnon Ahmad. Lamunan puitis adalah sebuah trilogi yang merangkaikan tiga buah novelet iaitu "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua, Titipan dan Embun". Trilogi ini bukan sahaja menghidangkan tiga kisah, malah turut menarik kesedaran pembaca untuk mendekati, memahami dan mencintai islam sebagai cara hidup. Pertama kali membaca novel ini memberi saya sema...

WABAK CORONAVIRUS/ COVID-19 PERINGATAN DARI ALLAH

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya mulakan entri kedua saya dengan isu yang sering hangat diperkatakan di seluruh dunia iaitu wabak koronavirus ataupun COVID-19. Virus ini telah menyerang ribuan orang di pelbagai negara dan telah mengorbankan ratusan nyawa. Malaysia juga turut terpalit dengan virus ini. Apa itu COVID-19? COVID-19 atau Novel coronavirus adalah strain baru koronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti atau dikenali. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan. Ia berpunca dari SARS-Cov-2 yang pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan di tengah China. Penderitaan radang paru-paru tanpa sebab yang jelas telah menyerang sekelompok orang tempatan di Wuhan yang dikaitkan terutamanya kepada pekerja yang bekerja di Pasar Borong Makanan Laut Huanan. Pasar ini dikenali sebagai pasar yang menjual haiwan-haiwan hidup. Petunjuk awal menunjukkan bahawa CO...