PENGALAMAN DI KAMPUS HIJAU
Hari ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya menjejakkan kaki di kampus hijau iaitu UPM.
Pertama kali saya berada di kampus, saya mula rasa serasi dengan suasana di situ kerana kampusnya yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan kampus pasti teruja melihat kehijauan tersebut. Pokok yang ditanam juga telah mencecah usia puluhan tahun namun rimbunan itulah yang menjadi daya tarikan dan menjadi ikon kampus tersebut. Perasaan sayu dan rindu semakin menebal di dalam hati apabila teringatkan keluarga di kampung halaman.
Seterusnya, perkhidmatan bas yang disediakan dari kolej ke fakulti memang sangat teratur mengikut waktu yang ditetapkan. Walaupun perlu bersesak-sesak di atas bas namun itulah yang akan saya ingati. Semasa saya berada ditahun pertama, semua pelajar tahun satu dibawa menaiki bas untuk melihat sendiri keseluruhan universiti ini. Kegembiraan semua orang jelas terpancar apabila dibawa menaiki bas ke semua fakulti.
Secara kebetulan sewaktu saya berada di tahun satu pengajian, musim buah-buahan sudah bermula. Sempat juga saya merasa buah rambutan yag dijual di ladang tersebut. Rasa buah yang segar dari pokok sangatlah besar dan manis. Isinya juga tebal dan tidak seperti di pasaran. Harga buah-buahan di ladang universiti tersebut juga jauh lebih murah.
Pengalaman inilah yang saya paling suka kerana banyak pokok dan tumbuh-tumbuhan ditanam mendatangkan hasil malahan pelajar juga dapat menikmati hasil tersebut. Kehijauan kampus telah menjadikan universiti ini agak berbeza dengan universiti yang lain. Saya berharap masih ramai lagi pelajar yang memohon untuk masuk ke universiti ini.
Salam sayang daripada saya pelajar tahun 2 UPM.
Ulasan
Catat Ulasan