PENGALAMAN MEMBACA BUKU SEMUSIM DI BARZAKH
Assalamualaikum...
Kali ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya membaca sebuah karya Hadi Fayyadh. Puku ini merupakan buku best seller dan di inspirasikan dari kisah benar.
pertama kali saya membaca buku ini sudah menarik minat saya untuk tahu dengan lebih mendalam apa yang berlaku di alam barzakh, bagaimana rasa di alam barzakh dan sebagainya. Walaupun saya tahu tiada siapa yang pernah menjengah ke alam barzakh, melainkan mereka yang telah pergi dan tidak akan kembali. Gambaran dan keadaan yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW.
Tajuk kecil di dalam setiap bab novel ini sudah membuatkan saya teruja untuk membaca antaranya wanita berkalung cinta, secebis fatamorgana dunia, barzakh yang ku tinggalkan dan banyak lagi. Tajuk kecilnya sahaja sudah membuat saya tertanya-tanya dan perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam diri.
Semakin lama membaca buku ini saya seakan-akan berada di dalam situasi yang diceritakan. Amat gerun dan sungguh takut apabila membaca azab serta balasan yang ditimpa buat sang pendosa. Tiap kali membaca hati saya akan berdebar dan meruntun jiwa apabila menghayati setiap bait yang dinukilkan di dalam sebuah novel islamik ini.
Saya yakin sesiapa yang membaca novel ini akan membawa ke alam misteri yang cukup menginsafkan kita. Paling saya ingat apabila saya membaca novel ini ialah paku-paku yang dipijak oleh watak di dalam novel tersebut membuatkan kaki saya rasa seperti dicucuk-cucuk oleh objek yang tajam. Saya akui bahawa novel ini telah berjaya membawa saya ke dalam situasi yang sebenar yang diceritakan oleh penulis.
Oleh itu saya sarankan sesiapa sahaja yang ingin menerokai hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan didalam novel ini. Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian.

Ulasan
Catat Ulasan