BAJU KURUNG KEDAH IBUNDA

Assalamualaikum

Pada kali ini saya akan ceritakan tentang baju kesukaan saya dan keluarga. Mak saya merupakan seorang tukang jahit di kampung. Pelbagai jenis baju yang dijahit oleh mak antaranya baju kurung pahang, baju kurung riau, baju kurung moden, baju kurung kedah dan banyak lagi.

Saban tahun ketika musim perayaan tiba maklah antara orang yang sibuk di rumah kami. dari pagi sampai ke malam kerja mak hanya di bengkel menjahit baju di tepi rumah. Walaupun upah yang diperoleh agak lumayan tetapi kudrat yang digunakan tidak mampu untuk dibayar dengan wang ringgit. Penat dan sakit badan itulah yang selalu dialami oleh mak. 

Namun raya pada tahun ini, tempahan yang diperoleh kebanyakkannya adalah jenis baju kurung kedah. Ada saja baju yang menjadi trend setiap tahun tetapi mak dengan sedaya upaya melakukannya dengan teliti sekali demi kepuasan pelanggannya. 

Baju kurung kedah nama yang tidak asing lagi bagi kami yang menetap di kedah kerana baju inilah yang dipakai turun temurun oleh nenek moyang kami. Bajunya yang longgar dan tangannya yang agak singkat sedikit berbanding baju kurung biasa amat selesa dipakai. Jenis kain yang digunakan juga memainkan peranan yang penting kerana kain inilah yang menentukan kesejukan dan kepanasan ketika memakai.

Kebiasaannya kain yang digunakan adalah kain kapas berbunga kecil tetapi kini untuk nampak lebih menarik pelanggan mak sering menggunakan kain kosong atau kain yang sedikit bercorak dan ditambah pula dengan butiran manik. 

Cantik dan kemas setiap hasil kerja mak membuat pelanggannya saban tahun hanya menempah kepadanya sahaja. Saya juga sedang menuntut ilmu menjahit baju daripada mak supaya kata mak nanti adalah juga pewaris mak dalam menjahit baju. Melihat hasil pembuatan sendiri amatlah terharu dan rasa bangga.

Baju kedah english cotton saiz xl dan... - BAJU Kurung KEDAH MURAH ...












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN MEMBACA BUKU SEMUSIM DI BARZAKH

DUNIA HIBURAN MASA KINI