DUNIA HIBURAN MASA KINI
Dunia hiburan bagaikan sesuatu yang tidak asing lagi pada masa kini. Ianya seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. keasyikkan dan kelalaian ini telah menghanyutkan ramai anak muda. Pelbagai jenis hiburan yang dipaparkan di kaca televisyen malahan dihujung jari juga ada. Rancangan untuk mencungkil bakat yang terpendam seperti Mentor, Akademi Fantasia, I Can See Your Voice Malaysia dan banyak lagi. Secara tidak langsung menarik minat remaja untuk menyertainya dan mudah terdedah kepada dunia hiburan.
Hiburan pada masa kini banyak memancing perhatian remaja yang masih belajar sehingga mereka lebih cenderung untuk memuja artis kesukaan mereka seperti bts, blackpink dan sebagainya. Hal ini menyebabkan mereka mula hilang minat dan fokus untuk belajar kerana lebih taksub kepada dunia hiburan berbanding pelajaran.
Drama pada masa kini juga tidak sesuai mengikut umur mereka kerana mempunyai unsur-unsur yang tidak baik seperti unsur tahyul, ganas dan sebagainya. Banyak nilai negatif daripada nilai positif yang terdapat di dalam dunia hiburan masa kini menyebabkan mereka hanya suka-suka dan untuk melepaskan tekanan pada awalnya. Hiburan yang kosong inilah yang mudah mengheret remaja ke lembah kebinasaan dimana mereka akan hilang arah tuju kehidupan yang jelas.
Kemudahan untuk mengakses internet adalah faktor yang paling utama masalah remaja. Apa sahaja yang ingin dilihat hanya ada dihujung jari. Walaupun hanya dengan satu klik sahaja segala paparan dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya kita ingin melihat sesuatu yang baik maka baiklah ia, jika memilih untuk melihat benda yang negatif maka negatiflah ia.
Kesimpulannya, penggunaan media sosial merupakan hiburan masa kini yang utama. Jika disalah gunakan maka ianya juga dapat merosakkan hubungan antara manusia. Sajian dalam bentuk hiburan yang salah menghakis jati diri anak muda pada masa kini. Pengawalan penggunaannya dapat membendung masalah ini daripada terus berleluasa.
Ulasan
Catat Ulasan