IDOLAKU
Hai kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua salah seorang idola saya.
Idola saya ialah ustazah NorHafizah Musa atau lebih mesra dikenali sebagai kakcik dikalangan keluarga terdekat. Wajahnya yang manis dan tutur kata yang lemah lembut sangat memberi inspirasi kepada saya. Beliau mempunyai 7 orang cahaya mata dan kebanyakkan ahli keluarganya adalah dari kalangan huffaz al-Quran.
Beliau mempunyai ijazah dalam bidang sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam di universiti of Yarmouk, Jordan. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dan kini telah mendapat PhD pada tahun 2018. Meskipun sibuk menguruskan anak-anak dan belajar, beliau tidak pernah jemu memberi ceramah dan berbakti kepada masyarakat.
Selain aktif di radio dan televisyen, belia merupakan master trainer (pembimbing pelatih) di beberapa buah syarikat. Beliau juga mengasaskan banyak modul untuk remaja, wanita dan korporat. Seterusnya ustazah Norhafizah Musa merupakan pengerusi dan penasihat kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz di Gombak. Tahfiz itu dibangunkan bersama suaminya iaitu ustaz Dr Azahar Yaakub. Kemudian, mengadakan rancangannya sendiri iaitu JomToJannah.
Sikapnya yang suka mendekati anak muda dan warga tua amatlah dikagumi. Senyuman yang sentiasa terukir dibibir tatkala susah dan senang menjadi inspirasi kepada saya untuk terus tersenyum walaupun betapa peritnya kehidupan yang perlu dilalui kerana secangkir senyuman itu adanya sedekah.
Ulasan
Catat Ulasan