KEINDAHAN TUTUR KATA DR KAMARIAH

Assalamualaikum..

Bertemu lagi dientri saya pada kali ini saya akan menceritakan tentang seorang pensyarah saya iaitu Dr Kamariah Kamarudin. Mendengar namanya sahaja pasti sudah dapat bayangkan bagaimana wajah beliau. Hal ini kerana Dr Kamariah sendiri merupakan produk daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Siapa sahaja yang tidak mengenali beliau kerana beliau telah mengeluarkan pelbagai jenis buku untuk bahan bacaan kita semua.

Saya amat berbangga kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu dengannya kerana beliau bukan calang-calang orang. Auranya setiap kali kuliah terasa sangatlah positif dan sentiasa bersemangat untuk menyampaikan ilmu. Kata-kata yang keluar dari mulutnya terlalu puitis sehinggakan saya  seperti berada disituasi tersebut. Penceritaannya seolah-olah membawa saya ke dalam cerita tersebut kerana terasa terlalu dekat dan asyik mendengarnya.

Melalui beliau jugalah saya dapat menyiapkan karya saya iaitu dua buah cerpen dan lima buah sajak. Saya sendiri juga tidak tahu yang saya menjadi kreatif apabila menulis cerpen dan mengarang sajak sendiri. Terasa bangga dengan hasil karya titik peluh sendiri kerana akhirnya setelah dihantar ke jejak tarbiah cerpen saja dipilih untuk disiarkan. Inilah yang membangkitkan semangat saya untuk terus menulis dan mencari idea baru supaya dapat dikembangkan di dalam penulisan saya nanti.

Seterusnya, Dr Kamariah juga merupakan anak didik daripada sasterawan terkenal maka tidak hairanlah beliau sehebat sekarang. Kata-kata yang keluar dari mulutnya sentiasa bersemangat dan memberi motivasi kepada saya. Teringat kata-kata Dr Kamariah bahawa untuk menghasilkan sesuatu karya kreatif kita perlulah membaca sebanyak mungkin buku supaya memberi ilham kepada kita untuk mengarang. 

Terima kasih dr kerana telah mencurahkan ilmu yang berharga kepada saya. Salam sayang daripada saya, anak didikmu yang dahagakan ilmu.





KAMARIAH KAMARUDIN - Associate Professor - Universiti Putra Malaysia |  LinkedIn




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDOLAKU