KRITIKAN DRAMA NUR
Assalamualaikum hai semua!
Kali ini saya tertarik untuk mengkritik sebuah drama yang ditayangkan di TV3 slot samarinda beberapa tahun yang lepas. Namun cerita ini telah diulang siar pada ramadhan tahun ini. Setelah mendapat tempat dihati peminat dan telah mendapat sambutan di luar jangkaan, produksi nur ini telah mengadakan kesinambungan cerita ini kepada Nur2.
Seperti yang kita ketahui bahawa barisan pelakon dan jalan cerita yang mantap telah memberi impak kepada penonton. Drama ini berkisahkan tentang seorang ustaz yang bertemu dan secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada seorang pelacur. Dalam usaha untuk membimbing pelacur tersebut pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapinya sehingga menyebabkan hubungannya dengan keluarga agak renggang.
Namun demikian, cerita ini juga menonjolkan sikap seorang ustaz iaitu ustaz Hamadi seorang yang munafik dan berselindung disebalik kebaikan sedangkan dirinya turut melanggan pelacur demi memuaskan nafsu serakahnya. Bagi saya watak ini agak kurang senang jika ditonton kerana mampu menjejaskan imej golongan agamawan
Tidak dinafikan di alam realiti terdapat juga manusia seperti itu namun kita perlulah berhati-hati. Watak ini memberi impak yang negatif kepada ustaz-ustaz diluar sana sehinggakan ada yang memandang serong terhadap golongan ini. Meskipun watak ini menunjukkan tentang kejahatannya haruslah berpada-pada kerana imej yang dibawanya itu sangat sensitif.
Namun saya akui drama ini memberi pengajaran kepada kita bahawa agama bukanlah untuk dijual beli dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Meskipun tidak ramai yang berperangai seperti ustaz Hamadi, namun kerana yang sedikit dan bilangan yang kecil inilah yang menjejaskan nama golongan agamawan ini.

Ulasan
Catat Ulasan