KUIH KARAS WARISAN IBUNDA


Assalamualaikum..

Bertemu lagi di entri saya pada kali ini untuk menceritakan tentang makanan tradisional yang sering dibuat oleh ibu saya.

Kuih ini merupakan kuih turun-temurun keluarga kami. Dahulu ibu juga tidak mengetahui bagaimana cara untuk membuat kuih ini. Kegigihan nenek menurunkan ilmu membuat karas kepada ibu tidak sia-sia kerana kuih inilah menjadi punca utama rezeki keluarga kami pada ketika itu. Walaupun agak mudah tetapi ketekunan untuk membuatnya sangatlah diperlukan. 

Kuih karas nama yang tidak asing lagi bagi keluarga kami. Ini kerana saban tahun kami dapat merasai sendiri kuih yang dibuat oleh ibu. Kuih karas ini dibuat menggunakan tepung beras dan juga air gula yang telah disejukkan. Jenama tepung juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan jalur yang licin dan tidak berketul. Kebiasaan tepung beras yang digunakan oleh ibu ialah cap lima gajah. 

Kuih ini amat dikenali kerana merupakan kuih tradisional di negeri Kedah. Bentuk kuih ini adalah seperti jaringan halus yang bihun tetapi ianya rangup dan rasanya manis. Walaupun di Sabah dan Sarawak juga terdapat kuih ini namun rasanya tidaklah sama seperti yang asli di Kedah. Selain nama kuih karas ia juga dikenali sebagai kuih jala bagi sesetengah negeri seperti Sabah, Sarawak dan Brunei. Kuih karas juga menjadi kuih tradisional bagi masyarakat Iban. 

Acuan yang digunakan dibuat sendiri oleh atuk menggunakan tempurung kelapa dan kemudiannya ditebuk 9 lubang kecil dibawahnya. Manakala bahagian pemegangnya pula menggunakan rotan atau kayu. Tepung yang siap dibancuh akan dituang ke dalam acuan dan diayak diatas minyak yang panas. setelah agak kegaringan ianya diangkat dan kemudiannya digulung mengikut cita rasa sendiri. Kuih karas ini sesuai dimakan bersama air teh ataupun kopi panas di waktu petang.

Pada setiap kali hujung tahun, ibu mula sibuk menyiapkan tempahan kuih karas untuk di makan ketika majlis keraian, dijadikan hantaran dan juga cenderahati. Tempahan yang diterima oleh ibu memang diluar jangkaan walaupun tidak ramai yang mengetahui cara penghasilan kuih tradisional ini namun permintaaannya masih tinggi. 

Sekian sahaja entri saya pada kali ini, terima kasih. 
Acuan kuih karas tempurung kelapa | Shopee MalaysiaThe Journey of My Life: Karas Kedah









   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN MEMBACA BUKU SEMUSIM DI BARZAKH

DUNIA HIBURAN MASA KINI

BAJU KURUNG KEDAH IBUNDA